Langit pagi itu cerah barangkali indah ku rasakan hari
ini... Tatkala hati girang menikmati kecerahan langit, matahari merangkak
tinggi tegak di kepala... Saat itu, hati terdetik alangkah eloknya hujan di
waktu ini. Nah, di mana kegirangan hati tadi tatkala kecerahan langit pagi
tidak dirasakan lagi? Mudah untuk hati berubah walaupun zahirnya kesyukuran di
ucap manis pada bibir sewaktu hati senang dengan sesuatu, dan keluhan sakit
tatkala diri tidak terasa nikmat zahir itu...
Kehidupan manusia sering di utamakan dengan kecukupan
material yakni zahirnya pada diri dan masyarakat harus lengkap dengan keperluan
malah kemahuan itu di manjakan. Siapa? Lihat awalnya dalam alam persekolahan,
anak-anak inginkan kasut yang canggih yang mahal, ada lampu 'klip-klip' bila
berjalan walaupun kasut RM20 sudah memadai untuk mereka berjalan. Meningkat
sedikit remaja di kolej atau universiti, remaja inginkan 'smartphone' sedangkan
keperluannya sebagai student sudah cukup dengan handphone yang
asasnya untuk telefon dan ber'sms'; okaylah tambahan sedikit yang ada
aplikasi 'camera'.
Tamat belajar, masuklah ke alam pekerjaan; di sini keperluan itu penggunaannya semakin luas seiring dengan pembangunan yang pesat... fikirannya pun semakin 'pesat' lagi-lagi sudah mempunyai pendapatan sendiri; yang dulunya hanyalah bermotorsikal fikirannya akan 'pesat' untuk mempunyai kereta, yang pakaian dahulunya 'up town' kini berubah kepada 'up to me'; setiap bulan tidak sempat untuk menyimpan, malah mengeluh ketidakcukupan gajinya sedangkan belum berumahtangga. “Rumah perlu besar untuk selesa, kereta harus mewah agar tidak dihina, Pakaian harus mahal menjaga standard”, kata MANUSIA. Mengapa?

NAFSU.
Nafsu berperanan untuk berkehendak akan sesuatu, kepada perkara
yang baik maupun yang buruk. Tetapi tabiat asalnya lebih cenderung kepada
kejahatan daripada kebaikan seperti dalam firman ALLAH:
“Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh berbuat kejahatan.” (Yusuf: 53)
“Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh berbuat kejahatan.” (Yusuf: 53)
Nafsu adalah kunci untuk pintu ketamakan, kerakusan dan
kesombongan. Natijahnya, kes tanah runtuh yang berlaku, jenayah rogol dan
merompak, keruntuhan akhlak anak-anak mahupun orang dewasa, penindasan golongan
atasan kepada yang tidak berupaya dan lain-lain masalah melibatkan manusia yang
‘mulia’ ini.
Hari ini, semakin hilang ketamadunan,
Manusia angkuh berkuasa merdeka,
Manusia sakit dan luka menjadi protagonis hiba,
Manusia alim dan suci dicanang gila,
Kerana dunia kuasanya adalah NAFSU semata.
Nafsu sifatnya adalah tidak pernah cukup. Sering mengeluh,
pinar dan takjub dengan nikmat agung dunia. Yang miskin, merasa diri hina,
angkuh dengan Tuhan mati hati dengan keluhan makna cacian menilai diri yang di
anggap tidak dikasihi Tuhan. Udara yang dihirup, rezeki dengan anak-anak yang
lahir, pancaindera hidup dengan kesempurnaan, Nah! Apa lagi mahu dilabel diri
tidak disayangi?
Yang Kaya, jiwa kelam meruntun hiba, tiada anak untuk di
manja, mengeluh harta tidak cukup untuk keluarga, sakit hati tiada kereta
mewah... Sekali lagi, Tuhan menempelak! Manusia kebanyakkan tidak pernah
mengenal erti syukur.
“Firman Allah SWT: Katakanlah Dia-lah yang menciptakan kamu dan
menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati. (tetapi) amat sedikit
kamu bersyukur. Katakanlah: Dia-lah yang menjadikan kamu berkembang biak di
muka bumi, dan hanya kepada-Nya-lah kamu kelak dikumpulkan.”
Mengapa NAFSU ini berkuasa?
Sungguhpun nafsu itu wujud dalam diri, tidak bermakna
manusia perlu berkompromi mengikut segala hawa nafsu itu. Maka, di sini, Allah
yang Maha Pelembut ini melahirkan rasa kasih dan cintanya pada hambanya dengan
menciptakan dalam jasad manusia ini dengan hati dan akal fikiran. Uniknya hati
ini, adalah ianya bersifat roh... tidak mampu dilihat melalui pancaindera
manusia. Hati ini sifatnya suci, hanya Pencipta yang mampu merubahnya. Kalau
hati itu Tuhan Pemiliknya, cintailah Pemiliknya supaya hati kita mampu mengawal
nafsu itu. Hati dicipta untuk mengawal nafsu; tetapi bagaimana untuk mengawal
hati?
Cuba kita membeli sebuah mesin basuh, pasti akan diberi dengan
buku panduan (manual). Di dalam buku panduan ditunjukkan dengan cara-cara
menggunakan, sukatannya dan cara
membaiki andainya rosak. Begitu juga manusia, hati yang dijadikan disertakan
dengan panduan yakni Al-Quran supaya manusia ikut dan patuh agar tidak rosak di
kemudian hari.
Bila hati telah di bajai dengan kemuliaan, iman itu akan datang sebagai pelindung diri dari sifat kerugian... Bila datangnya kekurangan, iman akan membelai hati dengan mengatakan, seseungguhnya ia sudah cukup dengan nikmat Allah, dan bila datangnya kelebihan, iman akan pujuk hati menenangkan diri dengan rasa syukur kepada kenikmatanNYA.
Benarkan hati dengan setiap kelemahan, hikmah pasti mengiringinya... damaikan hati dengan setiap kelebihan, sujudnya lebih tanda kesyukuran.
Wallahualam... =)

muhasabah utk diri
ReplyDeletemuhasabah utk diri
ReplyDelete